Saturday, October 23, 2004

Bila langit mendung....

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?


- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!



Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)


Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)


Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)


Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Wednesday, October 20, 2004

Kitab Suci Al-Quran




Walaupun Masjid di Palestin ini telah di bakar oleh pendatang Yahudi di Hawara, namun sebagai tanda kebesaran Allah, Al-quran yang di pegang oleh lelaki ini tetap utuh dan selamat seolah-olah tidak terjadi apa-apa pada kitab suci tersebut, sedangkan masjid dan barang-barang yang terdapat di dalamnya semua habis hangus.

Benarlah sebagaimana firman Allah yang akan memelihara kitab suci Al quran hingga ke hari qiamat.

Sunday, October 17, 2004

þëTUã MéMÌLÌH þã§ãÑgãÑ

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan.
Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

1.KENAL
********
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang
lelaki apabila melantik seorang saksi.

"APakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar "Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi..."Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?" Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya..Pada
dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab dengannya... . Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa juga perkara

2.KELAS
*********
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.

3.KUFU
********
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.

Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring
dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.

Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

4.KASIH
********
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis... ...

"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"

Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah memberitahu:

"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki"

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga,.

Hadis Nabi ada menyatakan "Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi.Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

5.REDHA
*********
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya "Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka"

"Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya"

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur:ayat 26

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.

Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ... .Begitu juga sebaliknya masalah berlaku. Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga... .

"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al-Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.

Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq. Maka turunlah Surah Al Baqarah:

"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik... "

Sunday, October 10, 2004

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Monday, October 04, 2004

SAHABAT…

Sahabat,
Pernah tak sahabat renungkan pada embun yg melitupi sarang labah2 dipagi2 hari ?
Pernahkah sahabat perhatikan itu?
Pernahkah sahabat perhatikan akan erti yg tersirat disebalik kejadian Allah itu?
Sahabat,
Ibarat sarang labah2 itu adalah cinta sejati seorang hamba pada Allah. dan
cintanya yg sejati terhadap manusia kerana Allah.

Sahabat,
Pernahkah sahabat perhatikan pada labah2 yg sedang membina sarangnya?
Begitu tekun labah ini, dan begitu khusyuk dan bersungguh2 dia melakukannnya dgn penuh susah payah dan penuh kesukaran.
Bukanlah mudah membina struktur sekompleks sarang labah2.
Sahabat... bukan mudah.... tapi dilaluinya juga kesusahan itu. kerana apa?
Kerana itulah " sunnatullah "
Kerana itulah fitrah seekor sang labah2
Kerana hendak menjadi pengajaran kpd akal manusia yg mahu berfikir.
Sahabat,
Begitu juga sifat cinta yg sejati...
Ia bukan dibina dgn mudah. ia bukan diperolehi dgn angan2 kosong atau
Penantian santai... bukan!
Wahai sahabatku.... ia diperolehi melalui usaha
yg getir dan penuh dgn duri & ranjau.

Sahabat
Cinta pada Allah adalah usaha berpanjangan membina diri menjadi insan yg lebih sempurna.
Menyempurnakan ilmu melalui pembacaan dan pelajaran yg diperolehi dari arifiin.
Menyempurnakan ilmu dgn amalan yg istiqomah.

'Perumpamaan seorang yg berilmu tapi tak mengamalkan ilmu adalah spt pohon
yg lebat daunnya tapi tak berbuah'.

Dari diri yg sudah mantap pengamalan ilmu itu
Datang pula dakwah. menyampaikan pada yg perlu.

'Sampaikanlah walau sepotong ayat'.

Along the way, perbagai ujian dan cubaan akan datang
menjadi tamu. menjengah menguji si ‘dia'. Apakah tegar cintanya pada Rabbnya...
Atau apakah cintanya hanya seperti embun di rantaian sutera labah2?

Sahabat,
Pernahkan sahabat perhatikan embun yg menumpang malam di rantaian sutera labah2?
Sahabatku, itulah 'ibarat cinta dunia. cinta dunia tidak dimintadatangnya.
Perginya pula seperti juga embun itu.
Tatkala datangnya mentari,
Maka sirnalah ia dari sutera labah2 tadi...
Seperti juga cinta dunia,
Pabila datang kematian,
Berpisahlah si kaya dgn hartanya.
Berpisahlah dia dgn saudara maranya utk dia menjawab soalan mungkar dan nakir.
Akan berpisahlah ia dari isterinya yg pernah menjadi tempat ia melafazkan sumpah dan janji setia.
Tempat ia meluahkan segala kesetiaan pengabdian.
Namun,
Yg akan tinggal bersamanya ialah hanya sekelumit mana ia menyimpan cintanya padaAllah... Itulah yg bakal menjadi temannya berhadapan dgn realiti yg pernah
didustakannya suatu masa dahulu ketika mana hidupnya di atas dunia dahulu.

Sahabat,
Itulah cinta dunia.
Dan seperti juga embun yg akan menjadi tamu sutera labah2 saban fajar...
Begitu juga cinta dunia akan berkerumun
Mendekati dan menggoda orang2 yg hatinya sudah diabadikan kpd cinta pada Rabbnya...
Ia akan datang dalam perbagai bentuk....
Mungkin dalam bentuk harta2 yg bertimbun2,
Mungkin dalam bentuk kekuasaan yg tak terbatas,
Mungkin juga berbentuk ladang2 yg luas,
Mungkin juga terbentuk dari anak2 yg ramai
Mungkin juga terbentuk dari isteri yg terlalu mencintai dunia.
Tak siapa tahu apakah bahagiannya.

'Allah memberi petunjuk kpd orang yg diingininya dan menyiksa yg diingininya...'.

Sahabat,
Hendaklah, kita seperti sutera labah2 itu.
Walau kita dikerumuni cinta dunia,
Walau kita di hambat angin ujian,
Walau kita ditimpa hujan musibah.....
Hendaklah kita sehebat sutera labah itu.
Hendaklah cinta yg kita bina seperti sutera labah2 itu.
Baik dari segi tujuan akan pembinaannya,
Mahupun proses pembinaannya.
Tujuannya adalah utk memenuhi syiar Allah...
Menyempurnakan fitrah kemanusiaan.
Proses pembinaan adalah penuh dengan talbiah
Ruhiah yg baik diperlengkap dengan kefahaman yg mantap
Serta amalan yang istiqomah.

Sahabat,
Kita berlindung dgn Allah dari tertipu dgn tipu daya nafsu dan syaitan.
Hinggakan kita tersilap membina cinta ini,
Kita isi cinta yang dibina dgn 'embun dunia'.
Bila datang realiti kehidupan,
Maka cinta yg telah disulam dengan kata2 manis
Dan janji setia itu sirna bertukar menjadi mimpi2 malam yg menagih2 nikmat tidur.
Dikhuatiri bila,
Kesusahan hidup datang bertamu.
Bila masalah sedebu menjadi sebatu...
Ketika itulah embun2 segar dunia tadi tersejat dan hilang entah kemana.
Yg tinggal hanyalah
Kesedihan dan penderitaan.

 
Support By:


Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel

© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas.
Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain
melainkan kehidupan penulis semata-mata