Thursday, September 01, 2005

POLIGAMI SEBAGAI PERANCANG KELUARGA

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”
Surah An-Nisa’: Ayat 3

Manusia sibuk membicarakan tentang ledakan penduduk yang begitu ketara sekarang. Kegawatan ini amat menghantui pemikirang golongan manusia yang berjiwa sekular yang akhirnya bertindak liar mengeluarkan pendapat. Ada yang menyalahkan institusi perkahwinan, ada yang bertindak menggugurkan kandungan melalui kaedah perancang keluarga, ada yang menyalahkan perebutan kuasa dan peperangan yang menjadi punca kemiskinan dan kebuluran.

Persidangan PBB di Kaherah pada September 1994 merupakan bukti kukuh kebimbangan ini. Sedangkan mereka lupa tentang Allah yang Maha memberi rezeki kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa. Barat menuduh sistem kekeluargaan sebagai punca kepada meledaknya kependudukan dunia. Sedangkan Islam yang diturunkan oleh Allah yang Maha Mengetahui tentang manusia dan keperluannya pada setiap zaman telah pun menggariskan beberapa penyelesaian yang sesuai dipraktikkan pada setiap zaman. Antara penyelesaian masalah kependudukan ini ialah dengan membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada satu.

Kajian telah dibuat, jika sekiranya seseorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, mereka berkemungkinan memperolehi sebanyak 12 orang cahaya mata. Bermakna jika 4 lelaki berkahwin dengan 4 orang perempuan kesemua anak mereka akan berjumlah 48 orang (4 x 12 = 48). Tetapi, jika seorang lelaki berkahwin dengan 4 orang perempuan, kekuatan lelaki untuk menghasilkan banyak anak akan terhad.

Contohnya: dengan isteri pertama, mungkin memperolehi 12 orang anak, dengan isteri ke-2, 8 orang anak, dengan isteri ke-3, 6 orang anak dan isteri ke-4, seorang anak. Bermakna jumlah kesemua anak adalah (12 + 8 + 6 + 1 = 27 orang). Bermakna sebanyak 45% daripada penduduk dunia dapat dikurangkan dengan membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada satu. Dalam keadaan dunia hari ini, jumlah lelaki nisbah kepada perempuan adalah 1 : 5, maka poligami adalah jalan penyelesaian masalah sosial dan sekaligus masalah kependudukan.

Tulisan Dr. Hj. Jammul Azhar bin Hj. Mulkan

 
Support By:


Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel

© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas.
Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain
melainkan kehidupan penulis semata-mata