:: LAMAN NURANI TOK AYOH :: "BaRaNgSiApA pErCaYa AkAn MeMpErOlEhI sYuRgA AlLaH tAnPa BeRuSaHa, SeSuNgGuHnYa DiA sEoRaNg YaNg BeRkHaYal. DaN BaRaNgSiApA pErCaYa AkaN MeNdApAt SyUrGa AlLaH dEnGaN hAsIl uSaHaNyA dIa SeBeNaRnYa SeOrAnG yAnG tIdAk MeNgInGaTi AlLaH." Wednesday, February 25, 2009 Lelaki VS Perempuan Sekadar untukdikongsi....sama2 lah kita renung sejenak dan berfikir...Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menariknafas lebih dalam daripada wanita.Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyakmemerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besarsuaranya.Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita.Tulangwanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.Demikian juga pada segi psikologi ,wanita secara umum lebih bersikapmudahmengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasan. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza.Lelakilebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebihpengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yangmenumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampusuluh, yang membuka, menampakkan banyak benda.Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehinggaperkara besar.Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka Lebih besar daripada lelaki.Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin,sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak,cermin mata hitam,buku telefon, tuala ehem..ehemm... dan macam-macam lagi.Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku.Mereka lebih peka ,apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan .Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis. Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu,tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza.Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluardari rumah awal pagi.Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut.Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah,baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya,apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah . Si isteri,apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu,satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan...... Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jambarulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami,apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahunTentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu , maka kita lebihberkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayangmenyayangi. ditulih oleh Gu Creative @ 4:41 PM 0 komen pos kat member=> Thursday, February 19, 2009 Khasiat Budu Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sep erti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sep erti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research..Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan. ditulih oleh Gu Creative @ 2:44 PM 0 komen pos kat member=> Unta Jadi Hakim Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku." Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya. ditulih oleh Gu Creative @ 1:31 PM 2 komen pos kat member=> Sunday, February 15, 2009 TANDA-TANDA KIAMAT Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-AsapDajjalBinatang melata di bumiTerbitnya matahari sebelah baratTurunnya Nabi Isa A.SKeluarnya Yakjuj dan MakjujGerhana di timurGerhana di baratGerhana di jazirah ArabKeluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata." ditulih oleh Gu Creative @ 8:48 AM 0 komen pos kat member=> Selamat Datang Ke Laman Nurani Tok Ayoh. Semoga anda mendapat manfaat daripadanya. Insya-Allah "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu" Jika ada masalah melayari web ini, sila hubungi saya E-mail : tok_ayoh@yahoo.com Personal Links BIODATA PENDIDIKAN ALBUM GAMBAR CORETANKU Previous Posts Penjual kuih yang Taat pd Allah Ayat al-Quran pada kulit bayi ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR Rotan ubat ketagihan arak, dadah Ramadhan Al-Mubarak 1430 H ANTARA SABAR DAN MENGELUH KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN ... MAKNA SEBENAR APRIL FOOL LUQMAN DENGAN TELATAH MANUSIA JANGAN MENYIKSA DIRI Archives March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 June 2005 September 2005 September 2006 October 2007 January 2008 May 2008 August 2008 September 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 August 2009 September 2009 October 2009 December 2011 Current Posts Mutiara Hadith "It is difficult for a man laden with riches to climb the steep path, that leads to bliss." (Muslim) "Once a man, who was passing through a road, found a branch of a tree with torns obstructing it. The man removed the thorns from the way. Allah thanked him and forgave his sins." (Bukhari) "Who are the learned? Those who practice what they know." (Bukhari) "Allah has revealed to me, that you must be humble. No one should boast over one another, and no one should oppress another." (Iyad b. Hinar al-Mujashi: Muslim) "Who is the most favoured of Allah? He, from whom the greatest good comes to His creatures." (Bukhari) "A true Muslim is thankful to Allah in prosperity, and resigned to His will in adversity." (Muslim) "A Muslim who meets with others and shares their burdens is better than one who lives a life of seclusion and contemplation." (Muslim) "Serve Allah, as you would if you could see Him; although you cannot see Him, He can see you. (Umar: Muslim) "Allah does not look at your appearance or your possessions; but He looks at your heart and your deeds." (Abu Huraira: Muslim) "The best richness is the richness of the soul." (at the field ofTabuk, Syria, Rajab 9 A.H.: Bukhari) "Keep yourselves far from envy; because it eats up and takes away good actions, like a fire eats up and burns wood." (Abu Daud) "Much silence and a good disposition, there are no two things better than these." (Bukhari) "Verily, Allah is mild and is fond of mildness, and He gives to the mild what He does not give to the harsh." (Muslim) "Whoever loves to meet Allah, Allah loves to meet him." (Bukhari) "Once the Prophet was asked:'Tell us, which action is dearest to Allah?' He answered:'To say your prayer at its proper time.' Again he was asked: 'What comes next?' Mohammed said: 'To show kindness to parents.' 'Then what?' he was asked, 'To strive for the cause of Allah!' " (Ibn Masad: Bukhari) "When two persons are together, two of them must no whisper to each other, without letting the third hear; because it would hurt him." (Bukhari & Muslim) "Verily, it is one of the respects to Allah to honor an old man." (Bukhari) "All Muslims are like a foundation, each strengthening the other; in such a way they do support each other." (Abu Musa: Bukhari & Muslim) "Strive always to excel in virtue and truth." (Bukhari) "You will not enter paradise until you have faith; and you will not complete your faith till you love one another." (Muslim) "He, who wishes to enter paradise at the best gate, must please his father and mother." (Bukhari & Muslim) "I am leaving two things among you, and if you cling to them firmly you will never go astray; one is the Book of Allah and the other is my way of life." (Farewell Pilgrimage: Muatta) "Allah is One and likes Unity." (Muslim) "The best of alms is that, which the right hand gives and the left hand knows not of." (Bukhari) "The perfect Muslim is not a perfect Muslim, who eats till he is full and leaves his neighbors hungry." (Ibn Abbas: Baihaqi) "He is not of us who is not affectionate to the little ones, and does not respect the old; and he is not of us, who does not order which is lawful, and prohibits that which is unlawful." (Ibn Abbas: Tirmidhi) "No man is a true believer unless he desires for his brother that, what he desires for himself." (Abu Hamza Anas: Bukhari & Muslim) "To strive for the cause of Allah from daybreak to noon and sunset is better than the goods and enjoyment of the whole worldly life." (Bukhari) "Be not like the hypocrite who, when he talks, tells lies; when he gives a promise, he breaks it; and when he is trusted, he proves dishonest." (Bukhari & Muslim) "The proof of a Muslim's sincerity is, that he pays no heed to that, which is not his business." (Abu Hureira: Tirmidhi) "Do you know what is better than charity and fasting and prayer? It is keeping peace and good relations between people, as quarrels and bad feelings destroy mankind." (Muslims & Bukhari) "Conduct yourself in this world, as if you are here to stay forever; prepare for eternity as if you have to die tomorrow." (Bukhari) "The worldly comforts are not for me. I am like a traveller, who takes a rest under a tree in the shade and then goes on his way." (Tirmidhi) Kelantan (Zon1) [Tukar Lokasi] GMT 8 Arah Kiblat 291° 6′ Waktu Solat Imsak 05:32 Subuh 05:42 Syuruk 07:04 Zohor 13:00 Asar 16:21 Maghrib 18:53 Isyak 20:07 Sembang Kemah Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini orang sedang melayari web ni Other Links Kementerian Pelajaran Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysian Agriculture and Research Developmnt Institute Berito Dari Kelate Google News Biotechnology.blogspot Hotmail Yahoo Gmail Harakah Blog Luqman Blog Amak @ Azhar Blog Teku Blog Amimah Blog Maziah Blog Bazilah Blog Santie Laman web Harun Yahya Laman web PERAKAN Laman Web Sasbadi Sdn Bhd Masuk group biotek04 Powered by tok_ayoh Support By: Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel © 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas. Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain melainkan kehidupan penulis semata-mata
"BaRaNgSiApA pErCaYa AkAn MeMpErOlEhI sYuRgA AlLaH tAnPa BeRuSaHa, SeSuNgGuHnYa DiA sEoRaNg YaNg BeRkHaYal. DaN BaRaNgSiApA pErCaYa AkaN MeNdApAt SyUrGa AlLaH dEnGaN hAsIl uSaHaNyA dIa SeBeNaRnYa SeOrAnG yAnG tIdAk MeNgInGaTi AlLaH."
ditulih oleh Gu Creative @ 4:41 PM 0 komen pos kat member=>
ditulih oleh Gu Creative @ 2:44 PM 0 komen pos kat member=>
ditulih oleh Gu Creative @ 1:31 PM 2 komen pos kat member=>
ditulih oleh Gu Creative @ 8:48 AM 0 komen pos kat member=>
Selamat Datang Ke Laman Nurani Tok Ayoh. Semoga anda mendapat manfaat daripadanya. Insya-Allah "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu" Jika ada masalah melayari web ini, sila hubungi saya E-mail : tok_ayoh@yahoo.com
"It is difficult for a man laden with riches to climb the steep path, that leads to bliss." (Muslim) "Once a man, who was passing through a road, found a branch of a tree with torns obstructing it. The man removed the thorns from the way. Allah thanked him and forgave his sins." (Bukhari) "Who are the learned? Those who practice what they know." (Bukhari) "Allah has revealed to me, that you must be humble. No one should boast over one another, and no one should oppress another." (Iyad b. Hinar al-Mujashi: Muslim) "Who is the most favoured of Allah? He, from whom the greatest good comes to His creatures." (Bukhari) "A true Muslim is thankful to Allah in prosperity, and resigned to His will in adversity." (Muslim) "A Muslim who meets with others and shares their burdens is better than one who lives a life of seclusion and contemplation." (Muslim) "Serve Allah, as you would if you could see Him; although you cannot see Him, He can see you. (Umar: Muslim) "Allah does not look at your appearance or your possessions; but He looks at your heart and your deeds." (Abu Huraira: Muslim) "The best richness is the richness of the soul." (at the field ofTabuk, Syria, Rajab 9 A.H.: Bukhari) "Keep yourselves far from envy; because it eats up and takes away good actions, like a fire eats up and burns wood." (Abu Daud) "Much silence and a good disposition, there are no two things better than these." (Bukhari) "Verily, Allah is mild and is fond of mildness, and He gives to the mild what He does not give to the harsh." (Muslim) "Whoever loves to meet Allah, Allah loves to meet him." (Bukhari) "Once the Prophet was asked:'Tell us, which action is dearest to Allah?' He answered:'To say your prayer at its proper time.' Again he was asked: 'What comes next?' Mohammed said: 'To show kindness to parents.' 'Then what?' he was asked, 'To strive for the cause of Allah!' " (Ibn Masad: Bukhari) "When two persons are together, two of them must no whisper to each other, without letting the third hear; because it would hurt him." (Bukhari & Muslim) "Verily, it is one of the respects to Allah to honor an old man." (Bukhari) "All Muslims are like a foundation, each strengthening the other; in such a way they do support each other." (Abu Musa: Bukhari & Muslim) "Strive always to excel in virtue and truth." (Bukhari) "You will not enter paradise until you have faith; and you will not complete your faith till you love one another." (Muslim) "He, who wishes to enter paradise at the best gate, must please his father and mother." (Bukhari & Muslim) "I am leaving two things among you, and if you cling to them firmly you will never go astray; one is the Book of Allah and the other is my way of life." (Farewell Pilgrimage: Muatta) "Allah is One and likes Unity." (Muslim) "The best of alms is that, which the right hand gives and the left hand knows not of." (Bukhari) "The perfect Muslim is not a perfect Muslim, who eats till he is full and leaves his neighbors hungry." (Ibn Abbas: Baihaqi) "He is not of us who is not affectionate to the little ones, and does not respect the old; and he is not of us, who does not order which is lawful, and prohibits that which is unlawful." (Ibn Abbas: Tirmidhi) "No man is a true believer unless he desires for his brother that, what he desires for himself." (Abu Hamza Anas: Bukhari & Muslim) "To strive for the cause of Allah from daybreak to noon and sunset is better than the goods and enjoyment of the whole worldly life." (Bukhari) "Be not like the hypocrite who, when he talks, tells lies; when he gives a promise, he breaks it; and when he is trusted, he proves dishonest." (Bukhari & Muslim) "The proof of a Muslim's sincerity is, that he pays no heed to that, which is not his business." (Abu Hureira: Tirmidhi) "Do you know what is better than charity and fasting and prayer? It is keeping peace and good relations between people, as quarrels and bad feelings destroy mankind." (Muslims & Bukhari) "Conduct yourself in this world, as if you are here to stay forever; prepare for eternity as if you have to die tomorrow." (Bukhari) "The worldly comforts are not for me. I am like a traveller, who takes a rest under a tree in the shade and then goes on his way." (Tirmidhi)
© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas. Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain melainkan kehidupan penulis semata-mata