"Sesungguhnya orang yang amat mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah orang yang lebih bertaqwa" (Surah Al Hujarat : Ayat 13)
Kebanyakkan manusia menganggap kebahagiaan itu terletak kepada kekayaan, pangkat dan kedudukan tinggi. Lantaran itu tidak hairanlah manusia berlumba-lumba mencari kemewahan hidup sehingga kadangkala lupa tanggungjawab kepada Allah swt.
Menurut pandangan Islam, kebahagiaan akan tercapai sekiranya :
1.mempunyai hati yang sentiasa tenang dan lapang
2.perhubungan persaudaraan yang baik sesama saudara, jiran dan
masyarakat
3.sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dengan amalan-amalan soleh
4.memiliki isteri yang solehah
Dalam konteks ini, ilmu memainkan peranan yang penting dalm membentuk peribadi seseorang. Ilmu-ilmu mengenai akhirat sangat-sangat dituntut mempelajarinya. Orang yang berilmu akan menjalani kehidupan seharian dengan lebih teratur dan tersusun.
Saidina Ali r.a. pernah ditanya, apakah harta atau ilmu lebih penting? Dengan tegas Saidina Ali r.a. menjawab ilmu tetap lebih penting daripada harta, sebabnya :
1. Ilmu adalah peninggalan para Anbia sedangkan harta adalah
peninggalan Firaun, Qarun dan kuncu-kuncunya (seumpamanya).
2. Ilmu memelihara kita tetapi harta terpaksa dipelihara.
3. Jika banyak harta, banyaklah musuh tetapi akan lebih banyak taulan jika semakin banyak ilmu.
4. Harta akan berkurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu akan bertambah.
5. Orang yang berharta kadang-kadang digelar sebagai `orang bakhil' tetapi orang berilmu akan dimuliakan.
6. Harta terpaksa dipelihara daripada dicuri tetapi ilmu tidak perlu begitu.
7. Orang yang mempunyai harta akan dihisab tetapi ilmu memberi syafaat kepada tuannya.
8. Harta lama kelamaan akan binasa tetapi ilmu tidak.
9. Harta akan menjadikan seseorang itu keras hatinya, sebaliknya ilmu sebagai penerang dan penawar.
10. Manusia kadang-kadang menjadikan harta sebagai tuhan tetapi ilmu menjadikan manusia lebih mengakui kedhaifan dan kehambaan kepada tuhannya.
Kitab rujukan : Mutiara Perjalanan Hidup Insan (Ustaz Najmuddin Haji Elias) terbitan An-Nahli Enterprise
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"