Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia
telah berkata : " Sedang aku menjahit baju pada waktu
sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada
tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu
masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat
mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku
berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan
melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah : "Orang
yang bakhil." Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang
bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika
disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk
dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa
itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga
Muhammad."
KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah'
bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan
membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah
Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada
Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada
mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan
sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini
melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku
itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari." Bersabda
Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik
ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik
ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana
Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat
bagi engkau apabil disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu :
"Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi
penjaminnya." Kijang itupun dilepaskan dan kemudian ia
kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril
a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala
mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah)
berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu,
sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada
kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan
kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu
kembali kepada engkau."
Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur
dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat
Muhammad.