Wednesday, November 24, 2004

Cinta

Cinta pada dunia,dunia akan pergi Cinta pada manusia,manusia akan mati Cintalah pada Allah s.w.t kerana Dialah yg kekal abadi

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta.Cinta pada harta,cinta pada dunia dan cinta pada kekasih.Sehinggakan Laila Majnun,Romeo dan Juliet menjadi idola.Kita juga mengaku cinta kepada Yang Maha Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas di sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih hamba turutkan……

Tetapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa.Kita mengaku menyintai Allah tetapi tidak tidak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya.Acap kali kita melafazkan cinta sehinggakan lalai untuk membuktikan cinta kita kepada Yang Maha Pengasih.Sekadar sembahyang lima waktu yang kadang kala kita abaikan.Adakah itu bukti cinta kita kepada pada Allah? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja,atau sekadar mengeluarkan zakat secara desakan,itukah yang dipanggil cinta abadi kepada Nya?

Amalan kita hanyalah ala kadar sahaja.Sedarlah amalan yang kita banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada Allah.Cinta sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu jua dengan amalan kita kepadaNya….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Support By:


Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel

© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas.
Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain
melainkan kehidupan penulis semata-mata