Wednesday, June 30, 2004

10 Seruan Bumi Kepada Manusia

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dan leka dengan nikmat dunia
yang bersifat sementara.

Sedarlah bahawa saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia.

Berkata Anas bin Malik r.a. ``Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru
kepada manusia sepuluh perkara:

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau
akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau
akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di
dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan
kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan
menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di
dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau
akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di
belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam
perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau
akan keseorangan di dalam perutku.

Untuk Renungan Bersama...

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia
telah berkata : " Sedang aku menjahit baju pada waktu
sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada
tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu
masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat
mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku
berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan
melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah : "Orang
yang bakhil." Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang
bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika
disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk
dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa
itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga
Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah'
bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan
membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah
Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada
Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada
mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan
sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini
melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku
itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari." Bersabda
Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik
ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik
ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana
Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat
bagi engkau apabil disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu :
"Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi
penjaminnya." Kijang itupun dilepaskan dan kemudian ia
kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril
a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala
mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah)
berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu,
sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada
kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan
kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu
kembali kepada engkau."

Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur
dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat
Muhammad.

Monday, June 28, 2004

Tanggungjawab Kita

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut

LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !!!

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.

WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya.
7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dananak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Diakhirat kelak, seorang lelaki akandipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :
*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4orang lelaki ini :
*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja :
*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpaperlu mengangkat senjata.



"TIDAK ADA APA YG LEBIH MANIS DLM KEHIDUPAN INI MELAINKAN APABILA KITA BERJAYA MEMPEROLEH KEMANISAN IMAN & CINTA ILAHI." MUTHIAH HABIBATULLAH

Menanti Jodoh Datang Menjemput

Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah
berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan
untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab
jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2
kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan
keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau
mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg
bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak
mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia
terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada
jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal
seperti itu dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang
memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi
deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia
baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat
di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin
hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan
ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga
turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina
janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian
menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan
berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat,
akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan
pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan
menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada
kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda
membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang

Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj




Bangun dan Berikanlah Peringatan

"Therefore remember Me. I will remember you and be grateful to Me and never be ungrateful to Me."
(Al-Baqarah: 152)

Gugur Di Jalan Dakwah

Tidak seperti gugurnya dedaun dari pokok atau jatuhnya
sesuatu dari tempat tinggi, keguguran dijalan dakwah
adalah satu yang tidak dapat dilihat oleh pancaindara
yang lima.

Sesaorang yang gugur dijalan dakwah tidak akan merasa
sakit atau menemui kesan lebam pada mana-mana bahagian
badannya, kerana ia adalah soal maknawi atau isu
berkaitan insan dengan tuhannya.

Penggabungan diri dengan dakwah bermula dengan
kesedaran sesaorang terhadap tanggunjawab yang harus
ia pikul bagi pihak Allah dan rasulnya, ia itu
tanggungjawab menegakkan kebenaran, menentang
kebatilan dan menyambungkan risalah dengan jenerasi
seterusnya.

Ia adalah amal yang berterusan dan memerlukan keazaman
ulul azmi dari kalangan rasul. Dari keazaman yang
kuat ini usaha diteruskan untuk mengumpul seberapa
banyak kekuatan samada dari segi bilangan atau juga
peralatan. Dan siaplah dirimu dengan kekuatan untuk
berdepan dengan mereka sedaya upaya kamu.

Da'i bukan muslim biasa. Mereka ialah orang yang
meletakkan agama Allah di hadapan dan sentiasa bersiap
siaga untuk berada dimana tuhan mahu ia berada
mengikut kepentingan dakwah. Diri dan hartanya wakaf
untuk agamanya. Mereka tidak memiliki diri mereka
lagi, kerana mereka telah berbaiah dan menjaul diri
mereka kepada Allah, harganya ialah syurga.

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin
diri mereka dan harta mereka dengan syurga…mereka
berjuang dijalan Allah lalu membunuh dan dibunuh, satu
janji yang pasti ditepati seperti tercatat dan Taurat,
Injil dan Quran.

Inilah cara bagaimana Allah menghidupkan sesaorang
dalam kehidupan yang barunya. Wahai orang-orang yang
beriman sahut seruan Allah dan rasulnya apabila ia
menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu.

Begitulah ketinggian seorang da'i waktu ia berada pada
kemuncak kesetiaan kepada Allah, Rasul dan agamanya.
Oleh itu berpuluh tempat di dalam Quran Allah
memperigatkan mereka tentang kesetiaan. Setialah
dengan baiah kamu disebut berulangkali tanpa jemu dan
puas.

Namun kesetiaan datangnya dari keimanan, keimanan
ditegakkan dengan keazaman dan keazaman datangnya dari
kesedaran. Apabila kesedaran telah lemah dan keazaman
mula luntur, maka kesetiaan juga akan terjejas. Begitu
bermula kisah keguguran.

Mungkin banyak pentafsiran-sebahagiannya
teknikal-disebalik fenomena keguguran tetapi yang
jelasnya ialah mereka telahmerungkai baiah, merombak
kesetiaan dan membatalkan jual beli yang mereka telah
meterainya dengan Allah. Kini diri mereka kembali
kepada mereka dan khidmat mereka adalah untuknya.

Akan dapat dilihat dengan jelas perbezaan atau jurang
cara hidup antara da'i yang mewakafkan hidup mereka
untuk Allah s.w.t dengan mereka yang membatalkan
jualbeli mereka dengan Allah dan memulakan hidup baru
diri mereka dan keturunan mereka dalam dunia yang
mereka sangkakan milik mereka.




Bangun dan Berikanlah Peringatan

"Therefore remember Me. I will remember you and be grateful to Me and never be ungrateful to Me."
(Al-Baqarah: 152)

Apa Perkara Yg Ber'MANFAAT' Drpd Ber'COUPLE'

Apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':

1) seronok (dpt fitnah)

2) seronok (dpt dosa)

3) seronok (dpt geng dgn syaitan)

4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)

5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..

6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)

7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)

8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)

9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )

10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..

3) sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...

4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..

5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu suasana.

7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...

8) haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu...

10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...

alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:
Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih)

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .

2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...

Nauzubillahi min zalik...
Wallahu'alam... .

~WaNiTa HiaSaN DuNia, SeiNDaH HiaSaN aDaLaH WaNiTa SoLeHaH~
::jaga diri hiasi peribadi::

Wednesday, June 23, 2004

I'tibar

Assalamualaikum wrt wbt......

Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang, boleh mengambil I'tibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu mengajar..
Untuk suami/isteri..renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita- cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya..
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Untuk isteri.. renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W
Tidaklah setaqwa Ibrahim Alaihissalam..
Pun tidak setabah Ayyub atau pun
Segagah Musa apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri

jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
andai diri tidak semulia Rasulullah
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis
andai diri tidak sehebat Sulaiman dan
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

..azan & 3 tanda....

Assalamualaikum wbt.
Mengapa lidah kelu disaat kematian?
tetapi kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati.Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia...

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak
derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45
minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk
pertandingan bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir
dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Kita boleh
mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi
bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3
kali.

OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI
KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.

Wassalamualaikum

Wednesday, June 16, 2004

Empat Perkara...

Telah Bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud (mahfumnya):
Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang
dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama,
Malu
dan Amal soleh.
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal sholeh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan
keburukan orang lain

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat2 akan menarik (bagian2) tubuhnya.
4. Orang yang dianiayai akan menarik amal2-nya pada hari kiamat.

Dari Ali r.a yang bermaksud (mahfumnya):
Sesungguhnya amalan yang paling sulit ada empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang
yang
diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Ashom yang bermaksud (mahfumnya):
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya
iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa
bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Kiriman dari: "Tajul, Ali"

Renungan Bersama

Buat Teman-Temanku yg Diingati...
jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

Wednesday, June 09, 2004

Iman dan Ciri-Cirinya

Iman dengan maknatasdiq adalah dinamakan juga sebagai ‘aqidah, dimana rahsianya
tidak diketahui oleh sesiapapun melainkan Allah SWT. Walau bagaimanapun manusia
itu mempunyai sifat-sifat lahiriah yang dapat menjadi ukuran kepada kita, iaitu
sifat-sifat yang dapat dilihat melalui tindak-tanduk manusia sama ada perkataan
atau perbuatan adalah menjadi tanda iman yang menjadi ukuran kita. Adapun segala
apa yang tersirat dihatinya adalah terserah kepada Allah SWT.

Iman itu melahirkan penyerahan diri kepada Allah SWT dinamakan Islam. Ini
bermaksud, seseorang yang beriman itu hendaklah menyerahkan diri kepada Allah
SWT dan menerima segala hukum-hukum-Nya walaupun dengan tidak mengetahui akan
hikmat-hikmatnya. Sesungguhnya penyerahan dan penerimaan itu berlaku dengan dua
perkara; iaitu dengan kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan iman atau
‘aqidah dan juga dengan sifat-sifat lahiriyyah iaitu melalui perkataan dan
amalan yang dinamakan Islam.

Jelas bahawa tempat iman itu ialah hati, yang berlaku padanya tasdiq jazim
kerana firman Allah SWT.

Maksudnya:

“Kerana iman itu belum masuk ke dalam hati mereka.” (Al-hujurat: 14)


Firman Allah SWT.

“Sesungguhnya orangyang meminta izin kepadamu (untuk tidak pergi berjihad),
hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat dan hati
mereka ragu-ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguan.” (at-Taubah:
45)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud.

“Allah memasukkan ahli syurga ke dalam syurga. Ia memasukkannya sesiapa yang Ia
kehendaki dengan rahmat-Nya. Dan memasukkan ahli neraka ke dalam neraka.
Kemudian Allah berfirman: “Lihatlah kamu akan sesiapa yang kamu dapati di dalam
hatinya iman walaupun sebesar biji yang halus maka keluarkanlah ia.” Riwayat
Imam Muslim.


Iman juga mempunyai rukun-rukunnya.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Rasul itu telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-Quran) dari
Tuhannya, emikian pula orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah,
Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya dan Rasul-Rasul-Nya. Mereka mengatakan,
“Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pundengan yang lain dari
Rasul-Rasul-Nya”, dan mereka mengatakan . “Kami dengan dan kami taati”. (mereka
berdoa), “Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepada Engkaulahtempat kembali.”
(al-Baqarah: 285)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Iman itu ialah bahawa kamu beriman dengan Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya,
Rasul-Nya, Hari Akhirat dan Qadar baik dan jahat. (Riwayat Muslim)


Kesimpulannya, bahawa yang dikatakan iman itu ialah beriman dengan Allah SWT,
Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Akhirat dan Qadar Takdir.

Monday, June 07, 2004

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

Assalamualaikum wbt...

Kecantikan Lelaki


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab: Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Wallahualam.

Nilai Sahabat

1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi
dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.

2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.

3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.

5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.

7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.

9. Pengubat jerih manusia adalah dua: pertama: Iman kepada Allah, kedua: Percaya kepada sahabat.

10. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.

11. Kalau sahabat mu telah banyak menyelidiki keadaan engkau, bukanlah buat diampuninya.

12. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu.

13. Cemburu perempuan kepada perempuan,memutuskan tali persahabatan.

14. Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan, alamat umur mu telah lepas dari zaman bercinta.

______________________________

 
Support By:


Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel

© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas.
Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain
melainkan kehidupan penulis semata-mata