Sunday, May 23, 2004

BERTA'AWUN

Telah bersabda Rasulullah saw :-

Dan barangsiapa memudahkan seseorang yang dalam kesulitan , maka Allah swt akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat . Dan Allah swt akan sentiasa membantu seseorang hamba , selagi mana hamba tersebut membantu sdrnya - hadis .

Dan barangsiapa berusaha kearah memenuhi hajat sdr muslimnya ; samada beliau dapat memenuhinya atau tidak dapat memenuhinya ; maka Allah swt akan mengampunkan segala dosa-dosanya yang lalu dan di tuliskan baginya dua kesejahteraan - kesejahtaraan daripada api neraka dan kesejahteraan daripada sifat munafiq - hadis .

Barangsiapa yang berusaha memenuhi hajat sdrnya muslim , Allah swt akan menulis bagi setiap langkahnya 70 hasanah dan menutup 70 saeiah . Dan kalau sekiranya hajat tersebut dapat dipenuhi dengan tangannya ( usahanya ) , beliau akan terlepas daripada segala dosa-dosanya seolah-olah beliau baru sahaja dilahirkan ibunya . Dan sekiranya beliau meninggal dunia dalam tempoh ( usaha ) tersebut , maka masuklah beliau ke jannatul firdaus tanpa sebarang penghisaban - hadis

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Support By:


Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel

© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas.
Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain
melainkan kehidupan penulis semata-mata