Thursday, July 08, 2004

SURVEY Akademi Fantasia!!!

Message :
SURVEY...
Apakah yang kita sedar daripada melihat
rancangan-rancangan ini...
a) Akademi Fantasia
b) Malaysian Idol
c) Audition
d) Who Will Win
e) Bintang RTM

KEPUTUSAN MUNASABAH

(1) ---Tidakkah kita sedar bahawa apa yang dapat
dibuktikan di sini ialah....
betapa banyak muda-mudi zaman sekarang yang
ingin menjadi seorang artis dan BUKAN ULAMA'.

Dan bukan sedikit daripada kalangan mereka ini
terdiri daripada muda-mudi yang SEAGAMA dengan
kita.---


(2) ---Sepatutnya kita membenci rancangan
sebegini....

Tetapi kita menyukainya sehinggakan tidak pernah
terlepas melihat rancangan ini setiap minggu
ataupun kita rasa menyesal apabila terlepas satu
minggu.---


(3) ---Sepatutnya kita menentang rancangan
sebegini....

Tetapi kita turut ikut serta menghantar SMS
menyokong mereka ini agar dapat menjadi pemenang
dan menjadi artis popular.....
BUKAN seorang ilmuan agama tersohor.---


(4) ---Sepatutnya Idola kita para tokoh ilmuan
seperti Imam Hassan AlBanna....

Tetapi yang jelas kini idola kita adalah mereka
yang kita undi dalam rancangan sebegini dan kita
kemudiannya menggelarkan mereka 'Malaysian
Idol'.---


CONCLUSION

---Oleh itu sebagai seorang yang berpengetahuan
agama....

Kita sepatutnya berusaha mencegah perkara ini
dengan sekurang-kurangnya tidak mengundi mereka.

Jika kita mampu, janganlah kita menonton
rancangan-rancangan ini.

Jika kita mampu, nasihatkanlah ahli-ahli
keluarga kita dan sahabat handai kita supaya
tidak turut serta mengundi mereka ini.---


---P/S : Jika tidak mampu....sekurang-
kurangnya....cubalah `FORWARD'kan peringatan ini
kepada yang lain kerana mereka mungkin mampu...

Dan janganlah kita pula yang mengajak orang lain
mengundi orang-orang sebegini...esp. through
bulletin board---

---"Apabila kamu terlihat maksiat
berlaku....cegahlah dengan tangan...kalau tak
mampu cegahlah dengan kata-kata...kalau tak
mampu cegahlah dengan hati...dan itulah selemah-
lemah iman"---

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Support By:


Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel

© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas.
Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain
melainkan kehidupan penulis semata-mata