Friday, December 12, 2008

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa,apabila Nabi AllahSulaiman nampak seekor semut melata di atas batu;lantas Nabi AllahSulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendakhidup di atas batu yangkering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. NabiAllah Sulaiman punbertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkauyakin ada makanan cukupuntuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, akupercaya rezeki di tanganALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasiryang tandus ini adarezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman punbertanya: " Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkaugemar makan? Dan banyakmana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandumsebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamumakan hanya sebijigandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, akuboleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diaangkat semut itu dandimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandumsebiji, dibubuhdalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggalsemut di dalambekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandumsebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi AllahSulaiman menemplaksemut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalukamu kata kamu makansebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamumakan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidakberbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknyasama seperti sebijigandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itudatangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupapadaku. Tetapi bilakamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezekiaku bergantung padakamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah akumakan setengahsahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!IMAN MANUSIA??Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yangkerjanya mengorekkubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukankerja orang ganjil.Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itukubur perlu digalidulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah iniialah dia tidak galikubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, warissudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggaliini datang kekubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah diINTERVIEW oleh MunkarNakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur,50 kubur sampai100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada ImamSuffian dan bertanyakepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kuburorang Islam yang akugali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masihberhadap kiblat. Yang98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab ImamSuffian:" Di akhir zamanhanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu ditangan Allah. 98orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tanganTuhan". Itulah sebabnyaapabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yangbanyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuatdari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIKDARIPADA HARTA, ILMUMENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADIHAKIM, HARTADIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DANILMU BERTAMBAHAPABILA DIBELANJAKAN".

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Support By:


Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel

© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas.
Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain
melainkan kehidupan penulis semata-mata