:: LAMAN NURANI TOK AYOH :: "BaRaNgSiApA pErCaYa AkAn MeMpErOlEhI sYuRgA AlLaH tAnPa BeRuSaHa, SeSuNgGuHnYa DiA sEoRaNg YaNg BeRkHaYal. DaN BaRaNgSiApA pErCaYa AkaN MeNdApAt SyUrGa AlLaH dEnGaN hAsIl uSaHaNyA dIa SeBeNaRnYa SeOrAnG yAnG tIdAk MeNgInGaTi AlLaH." Friday, September 24, 2004 Manusia yg jiwanya tegak di atas asas iman "Manusia yg jiwanya tegak di atas asas iman, dan yangdisebatikan dengan taqwa bila ditemukan dengan manusiayang sama sepertinya, ia akan merasai nikmat kemesraan dijiwanya sejak detik pertama dalam pertemuan itu, iamerasakan suatu keheningan sejak detik pertamaperkenalannya....dua jiwa yang berlainan jasad itubersebati seolah2 satu jantung. Maka di situlahkasih-sayang memainkan peranannya, ia menyerap berdenyut dalam urat nadi keua-duanya, lantas salingberpegang tanganlah dua bersaudara itu dalam suasanamesra dan berkasih sayang, supaya sama-sama dapatberjalan bersiar-siar dlm taman yg suci murni, sama2 menghirup udara bersih dgn pernafasan setia, sama2mendapat teduhan dlm pjlnn di bwh naungan yg nyaman lagi mnyegarkan, dan di saat itulah keduanya seolah2 mmbisik ke pendengaran manusia-manusia lain mengenai hakikat persaudaraan mereka : (Innana ana anta wa anta ana...nahnu ruhani filbadan)... sesungguhnya Islam itu sifatnya terlalu mulia...maka tak mungkin Allah akan berikan Islam yg mulia itu kpd tgn2 yg jiwanya kotor" "GOD is sheltering u by many ways...sometimes HE gives HIS love, directly to u...and sometimes HE gives it through the people who cares dan loves u.." janji Allah tetap berlaku dan Allah pasti tak mengecewakan hamba-Nya yang sentiasa percaya dgn-Nya dan janji-Nya... ditulih oleh Gu Creative @ 5:28 PM 0 komen pos kat member=> Thursday, September 23, 2004 CINTA DAN SUKA "Mujahid itu ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya (nafsu)dalam kebanyakan waktunya." CINTA DAN SUKA Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku, Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta, Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, *Cuba fikirkan siapa yang anda cinta dan siapa yang anda suka.. NurKasih Ilahi jadikan impian didunia cintamu NurKalam Ilahi jadikan hiasan disudut hatimu. ditulih oleh Gu Creative @ 8:23 AM 1 komen pos kat member=> Wednesday, September 22, 2004 Tips eratkan persahabatan Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini.. Korang bacalah tip-tip yang diberikan di bawah.. Aku ambik dari forward mail member aku. Cuba korang try tip-tip tersebut mana tau... yang ada masalah tuh bleh settle.. 1. KESABARAN Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain. 2. BERTERUS TERANG Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang. 3. IKHLAS Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita. 4. SALING MENGHORMATI Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu. 5. JUJUR Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan. 6. SALING FAHAM MEMAHAMI Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya. 7. SALING MEMAAFKAN Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri. 8. BERTOLAK ANSUR Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya! 9. JAGA TUTUR KATA Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain. 10. NASIHAT MENASIHATI Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu ama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia? 11. AMBIL BERAT Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan! 12. SALING BERHUBUNG Jauh di mata, dekat di hati. W/pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya. 13. BERTELINGKAH Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih sling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula. ditulih oleh Gu Creative @ 5:51 PM 0 komen pos kat member=> Tuesday, September 21, 2004 Sempunakah kite utk mencari org sempurna sebagai teman idup? Ini kisah perjumpaaan dua orang sahabat yang sudah puluhan tahunberpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini. "Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru akutahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu. Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab. Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah. Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya". "Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?". Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna". ====================================== Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? ..... Nobody's perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Tak kiralah kita ni lelaki ke pempuan ke...Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri,apakah sudah sempurna di mata orang lain?? Rase-rasenyer sama juga dgn yang dah berkahwin...Redhalah dgn apa yang ada..belum tentu yang baru tu dapat memenuhi citarasa kita..yang lama dah tentu kita kenal buruk baik nya..just improve ourselves..dan sama-sama membetulkan kesilapan dan kekurangan diri masing-masing..learn thru our mistakes... wallahuallam... ditulih oleh Gu Creative @ 8:03 AM 0 komen pos kat member=> Tuesday, September 14, 2004 Dua Petanda Buruk Sabda Rasullallah yang bermaksud: "Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amar ma"ruf dan nahi mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan wahi." (Diriwayatkan Oleh At-Tarmizi) HURAIAN. Rasulullah S.A.W. memperingatkan umat Islam dari tercebur ke dalam dua bahaya besar yang mengancam kehebatan Islam dan menghapuskan keberkatan wahi. * Pertama: Bahaya mengutama,mementingkan dan kemewahan dunia. * Kedua: Bahaya mengabaikan tugas kawalan sosial iaitu tugas menganjurkan kearah kabaikan dan bertindak mencegah dan menentang segala sesuatu yang mungkar. Amaran ini telah menjadi kenyataan hampir di seluruh masyarakat Islam dewasa ini, dimana kehebatan Islam telah menghilang dan memudar, baik pada rakyat atau pemerintah. Umat Islam hari ini sedang ditulari penyakit kebendaan dan mementingkan hidup dunia. Mereka lebih banyak membuat perancangan-perancangan pembangunan kebendaan yang raksaksa tetepi terlalu sedikit dan kecil membuat perancangan-perancangan untuk mempertinggikan kesedaran Islamiah mereka dan untuk menegakkan nilai hidup Islam dalam kehidupan peribadi dan kehidupan kemasyarakatan mereka. Kerana itu akhlak seharian mereka tidak lagi menggambarkan kehebatan seseorang Muslim yang bertaqwa dan kekuasaan masyarakat mereka tidak lagi mencerminkan kehebatan negara yang mejunjung tinggi nilai-nilai murni syari'at Islam. Kini umat Islam baik sebagai individu atau sebagai masyarakat telah hilang kehebatan sifat keaslian Islamiah mereka yang suci. Mereka lebih condong menjadi manusia pak turut kepada manusia barat, oleh kerana itu mereka dan negara mereka lebih mencerminkan keagungan Barat dan nilai-nilai orang Barat dari mencerninkan keagungan Islam dan nilai-nilai Islam. Umat muslim juga telah ditulari penyakit liberalisma barat yang memuja kebesaran peribadi yang melampau, penyakit mind your own business, penyakit nafsu-nafsu yang tidak ingin ditegur dan menegur, tidak ingin dikritik dan mengkritik dan bertolak dari liberalisme inilah berkembangnya segala macam maksiat yang durjana dan segala perlakuan sumbang yang meruntuhkan akhlak walaupun wahi Allah itu didendang, dibaca begitu jenuh dan pulun mamun keberkatan dan potensinya tidak dapat menegak dan membetuli hati mereka yang telah dinodai liberalisme itu. Dan sudah menjadi sunat Allah bahawa manusia yang telah diharamkan dari keberkatan wahi Allah atau Al-Quran itu amat mudah disambar dan ditaklik syaitan. Seseorang Muslim sejati ialah seorang yang meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat hidupnya dan menggunakan seluruh rezeki dan kedudukan dunia untuk mencapai keredhaan itu. Seseorang Muslim yang sejati ialah seorang Muslim yang aktif dan berani aktif menegur dan menentang kemungkaran yang berlaku di sekitarnya dengan bersenjatakan wahi Allah. Dan dari manusia-manusia Muslim seperti inilah sahaja akan memancarnya kehebatan Islam dan akan bertunjang suburnya keberkatan Al Quran. ditulih oleh Gu Creative @ 11:13 AM 0 komen pos kat member=> Saturday, September 11, 2004 Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rejab Isra' dan Mikraj (Sebelum Hijrah) Pada suatu hari, Jibril a.s datang berjumpa dengan Nabi s.a.w dengan membawa bersamanya seekor Buraq (sejenis binatang tunggangan yang lebih kecil dari baghal dan lebih besar dari keldai). Lalu Jibril membawa Nabi s.a.w ke Baitulmuqaddis di Palestine di mana Nabi s.a.w dapati kesemua para Nabi alaihimussolatu wassalam menyambut ketibaan baginda. Di antara mereka ialah Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa alaihimussalam kemudian baginda mengimamimereka mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Selepas itu baginda Mikraj ke langit, di sana baginda berjumpa dengan beberapa orang Nabi dan sempat bercakap dengan mereka serta mereka mengalu-alukan kedatangan baginda ke sana. Nabi s.a.w juga melihat syurga dan pelbagai jenis nikmat yang telah disediakan oleh Allah kepada orang-orang yang bertakwa, disamping itu baginda juga melihat neraka dan pelbagai jenis seksaan yang disediakan kepada orang-orang yang kafir. Kemudian baginda naik ke atas Arasy untuk bermunajat kepada Allah, tempat tersebut tidak pernah dinaiki oleh Nabi atau Rasul yang lain begitu juga malaikat yang paling rapat dengan Allah s.w.t. Setelah itu Nabi s.a.w kembali semula ke Mekah pada malam yang sama dalam keadaan dibekalkan dengan tenaga rohani yang sangat hebat. Peristiwa tersebut menjadi perangsang kepada Nabi supaya hati baginda tetap teguh, juga sebagai penghibur hati baginda di dalam menghadapi penyeksaan Quraisy selepas kematian Khadijah isteri baginda dan juga selepas kematian Abu Talib bapa saudara baginda pada tahun tersebut yang dinamakan dengan "Tahun Kesedihan". ditulih oleh Gu Creative @ 3:03 PM 0 komen pos kat member=> Wednesday, September 08, 2004 Erti Persahabatan Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri...tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seseorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi...kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, "memaksa" dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita dia juga tahu rasa kecewa...tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan seorang kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu....tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu...betapa indahnya persahabatan itu... ukhwah fillah abadan abada.... ditulih oleh Gu Creative @ 2:44 PM 0 komen pos kat member=> Selamat Datang Ke Laman Nurani Tok Ayoh. Semoga anda mendapat manfaat daripadanya. Insya-Allah "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu" Jika ada masalah melayari web ini, sila hubungi saya E-mail : tok_ayoh@yahoo.com Personal Links BIODATA PENDIDIKAN ALBUM GAMBAR CORETANKU Previous Posts Penjual kuih yang Taat pd Allah Ayat al-Quran pada kulit bayi ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR Rotan ubat ketagihan arak, dadah Ramadhan Al-Mubarak 1430 H ANTARA SABAR DAN MENGELUH KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN ... MAKNA SEBENAR APRIL FOOL LUQMAN DENGAN TELATAH MANUSIA JANGAN MENYIKSA DIRI Archives March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 June 2005 September 2005 September 2006 October 2007 January 2008 May 2008 August 2008 September 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 August 2009 September 2009 October 2009 December 2011 Current Posts Mutiara Hadith "It is difficult for a man laden with riches to climb the steep path, that leads to bliss." (Muslim) "Once a man, who was passing through a road, found a branch of a tree with torns obstructing it. The man removed the thorns from the way. Allah thanked him and forgave his sins." (Bukhari) "Who are the learned? Those who practice what they know." (Bukhari) "Allah has revealed to me, that you must be humble. No one should boast over one another, and no one should oppress another." (Iyad b. Hinar al-Mujashi: Muslim) "Who is the most favoured of Allah? He, from whom the greatest good comes to His creatures." (Bukhari) "A true Muslim is thankful to Allah in prosperity, and resigned to His will in adversity." (Muslim) "A Muslim who meets with others and shares their burdens is better than one who lives a life of seclusion and contemplation." (Muslim) "Serve Allah, as you would if you could see Him; although you cannot see Him, He can see you. (Umar: Muslim) "Allah does not look at your appearance or your possessions; but He looks at your heart and your deeds." (Abu Huraira: Muslim) "The best richness is the richness of the soul." (at the field ofTabuk, Syria, Rajab 9 A.H.: Bukhari) "Keep yourselves far from envy; because it eats up and takes away good actions, like a fire eats up and burns wood." (Abu Daud) "Much silence and a good disposition, there are no two things better than these." (Bukhari) "Verily, Allah is mild and is fond of mildness, and He gives to the mild what He does not give to the harsh." (Muslim) "Whoever loves to meet Allah, Allah loves to meet him." (Bukhari) "Once the Prophet was asked:'Tell us, which action is dearest to Allah?' He answered:'To say your prayer at its proper time.' Again he was asked: 'What comes next?' Mohammed said: 'To show kindness to parents.' 'Then what?' he was asked, 'To strive for the cause of Allah!' " (Ibn Masad: Bukhari) "When two persons are together, two of them must no whisper to each other, without letting the third hear; because it would hurt him." (Bukhari & Muslim) "Verily, it is one of the respects to Allah to honor an old man." (Bukhari) "All Muslims are like a foundation, each strengthening the other; in such a way they do support each other." (Abu Musa: Bukhari & Muslim) "Strive always to excel in virtue and truth." (Bukhari) "You will not enter paradise until you have faith; and you will not complete your faith till you love one another." (Muslim) "He, who wishes to enter paradise at the best gate, must please his father and mother." (Bukhari & Muslim) "I am leaving two things among you, and if you cling to them firmly you will never go astray; one is the Book of Allah and the other is my way of life." (Farewell Pilgrimage: Muatta) "Allah is One and likes Unity." (Muslim) "The best of alms is that, which the right hand gives and the left hand knows not of." (Bukhari) "The perfect Muslim is not a perfect Muslim, who eats till he is full and leaves his neighbors hungry." (Ibn Abbas: Baihaqi) "He is not of us who is not affectionate to the little ones, and does not respect the old; and he is not of us, who does not order which is lawful, and prohibits that which is unlawful." (Ibn Abbas: Tirmidhi) "No man is a true believer unless he desires for his brother that, what he desires for himself." (Abu Hamza Anas: Bukhari & Muslim) "To strive for the cause of Allah from daybreak to noon and sunset is better than the goods and enjoyment of the whole worldly life." (Bukhari) "Be not like the hypocrite who, when he talks, tells lies; when he gives a promise, he breaks it; and when he is trusted, he proves dishonest." (Bukhari & Muslim) "The proof of a Muslim's sincerity is, that he pays no heed to that, which is not his business." (Abu Hureira: Tirmidhi) "Do you know what is better than charity and fasting and prayer? It is keeping peace and good relations between people, as quarrels and bad feelings destroy mankind." (Muslims & Bukhari) "Conduct yourself in this world, as if you are here to stay forever; prepare for eternity as if you have to die tomorrow." (Bukhari) "The worldly comforts are not for me. I am like a traveller, who takes a rest under a tree in the shade and then goes on his way." (Tirmidhi) Kelantan (Zon1) [Tukar Lokasi] GMT 8 Arah Kiblat 291° 6′ Waktu Solat Imsak 05:32 Subuh 05:42 Syuruk 07:04 Zohor 13:00 Asar 16:21 Maghrib 18:53 Isyak 20:07 Sembang Kemah Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini orang sedang melayari web ni Other Links Kementerian Pelajaran Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysian Agriculture and Research Developmnt Institute Berito Dari Kelate Google News Biotechnology.blogspot Hotmail Yahoo Gmail Harakah Blog Luqman Blog Amak @ Azhar Blog Teku Blog Amimah Blog Maziah Blog Bazilah Blog Santie Laman web Harun Yahya Laman web PERAKAN Laman Web Sasbadi Sdn Bhd Masuk group biotek04 Powered by tok_ayoh Support By: Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel © 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas. Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain melainkan kehidupan penulis semata-mata
"BaRaNgSiApA pErCaYa AkAn MeMpErOlEhI sYuRgA AlLaH tAnPa BeRuSaHa, SeSuNgGuHnYa DiA sEoRaNg YaNg BeRkHaYal. DaN BaRaNgSiApA pErCaYa AkaN MeNdApAt SyUrGa AlLaH dEnGaN hAsIl uSaHaNyA dIa SeBeNaRnYa SeOrAnG yAnG tIdAk MeNgInGaTi AlLaH."
ditulih oleh Gu Creative @ 5:28 PM 0 komen pos kat member=>
ditulih oleh Gu Creative @ 8:23 AM 1 komen pos kat member=>
ditulih oleh Gu Creative @ 5:51 PM 0 komen pos kat member=>
ditulih oleh Gu Creative @ 8:03 AM 0 komen pos kat member=>
ditulih oleh Gu Creative @ 11:13 AM 0 komen pos kat member=>
ditulih oleh Gu Creative @ 3:03 PM 0 komen pos kat member=>
ditulih oleh Gu Creative @ 2:44 PM 0 komen pos kat member=>
Selamat Datang Ke Laman Nurani Tok Ayoh. Semoga anda mendapat manfaat daripadanya. Insya-Allah "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu" Jika ada masalah melayari web ini, sila hubungi saya E-mail : tok_ayoh@yahoo.com
"It is difficult for a man laden with riches to climb the steep path, that leads to bliss." (Muslim) "Once a man, who was passing through a road, found a branch of a tree with torns obstructing it. The man removed the thorns from the way. Allah thanked him and forgave his sins." (Bukhari) "Who are the learned? Those who practice what they know." (Bukhari) "Allah has revealed to me, that you must be humble. No one should boast over one another, and no one should oppress another." (Iyad b. Hinar al-Mujashi: Muslim) "Who is the most favoured of Allah? He, from whom the greatest good comes to His creatures." (Bukhari) "A true Muslim is thankful to Allah in prosperity, and resigned to His will in adversity." (Muslim) "A Muslim who meets with others and shares their burdens is better than one who lives a life of seclusion and contemplation." (Muslim) "Serve Allah, as you would if you could see Him; although you cannot see Him, He can see you. (Umar: Muslim) "Allah does not look at your appearance or your possessions; but He looks at your heart and your deeds." (Abu Huraira: Muslim) "The best richness is the richness of the soul." (at the field ofTabuk, Syria, Rajab 9 A.H.: Bukhari) "Keep yourselves far from envy; because it eats up and takes away good actions, like a fire eats up and burns wood." (Abu Daud) "Much silence and a good disposition, there are no two things better than these." (Bukhari) "Verily, Allah is mild and is fond of mildness, and He gives to the mild what He does not give to the harsh." (Muslim) "Whoever loves to meet Allah, Allah loves to meet him." (Bukhari) "Once the Prophet was asked:'Tell us, which action is dearest to Allah?' He answered:'To say your prayer at its proper time.' Again he was asked: 'What comes next?' Mohammed said: 'To show kindness to parents.' 'Then what?' he was asked, 'To strive for the cause of Allah!' " (Ibn Masad: Bukhari) "When two persons are together, two of them must no whisper to each other, without letting the third hear; because it would hurt him." (Bukhari & Muslim) "Verily, it is one of the respects to Allah to honor an old man." (Bukhari) "All Muslims are like a foundation, each strengthening the other; in such a way they do support each other." (Abu Musa: Bukhari & Muslim) "Strive always to excel in virtue and truth." (Bukhari) "You will not enter paradise until you have faith; and you will not complete your faith till you love one another." (Muslim) "He, who wishes to enter paradise at the best gate, must please his father and mother." (Bukhari & Muslim) "I am leaving two things among you, and if you cling to them firmly you will never go astray; one is the Book of Allah and the other is my way of life." (Farewell Pilgrimage: Muatta) "Allah is One and likes Unity." (Muslim) "The best of alms is that, which the right hand gives and the left hand knows not of." (Bukhari) "The perfect Muslim is not a perfect Muslim, who eats till he is full and leaves his neighbors hungry." (Ibn Abbas: Baihaqi) "He is not of us who is not affectionate to the little ones, and does not respect the old; and he is not of us, who does not order which is lawful, and prohibits that which is unlawful." (Ibn Abbas: Tirmidhi) "No man is a true believer unless he desires for his brother that, what he desires for himself." (Abu Hamza Anas: Bukhari & Muslim) "To strive for the cause of Allah from daybreak to noon and sunset is better than the goods and enjoyment of the whole worldly life." (Bukhari) "Be not like the hypocrite who, when he talks, tells lies; when he gives a promise, he breaks it; and when he is trusted, he proves dishonest." (Bukhari & Muslim) "The proof of a Muslim's sincerity is, that he pays no heed to that, which is not his business." (Abu Hureira: Tirmidhi) "Do you know what is better than charity and fasting and prayer? It is keeping peace and good relations between people, as quarrels and bad feelings destroy mankind." (Muslims & Bukhari) "Conduct yourself in this world, as if you are here to stay forever; prepare for eternity as if you have to die tomorrow." (Bukhari) "The worldly comforts are not for me. I am like a traveller, who takes a rest under a tree in the shade and then goes on his way." (Tirmidhi)
© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas. Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain melainkan kehidupan penulis semata-mata