Thursday, September 23, 2004

CINTA DAN SUKA

"Mujahid itu ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya (nafsu)dalam kebanyakan waktunya."

CINTA DAN SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku, Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta, Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis Bila
orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira. Perasaan cinta bermula dari kata.

Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, *Cuba fikirkan siapa yang anda cinta dan siapa yang anda suka..

NurKasih Ilahi jadikan impian didunia cintamu NurKalam Ilahi jadikan hiasan disudut hatimu.

1 Comments:

At 9:17 AM, Anonymous Anonymous said...

suka dan cinta adalah 2 prkara yg bbeza..melalui artikel di atas mnjdi pnduan kpd kite untuk mmbezakan antara kedua-duanya..terima kasih ats prkongsian trsbt..

 

Post a Comment

<< Home

 
Support By:


Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel

© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas.
Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain
melainkan kehidupan penulis semata-mata