Tuesday, September 14, 2004

Dua Petanda Buruk

Sabda Rasullallah yang bermaksud:
"Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amar ma"ruf dan nahi mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan wahi."
(Diriwayatkan Oleh At-Tarmizi)


HURAIAN.

Rasulullah S.A.W. memperingatkan umat Islam dari tercebur ke dalam dua bahaya besar yang mengancam kehebatan Islam dan menghapuskan keberkatan wahi.

* Pertama: Bahaya mengutama,mementingkan dan kemewahan dunia.
* Kedua: Bahaya mengabaikan tugas kawalan sosial iaitu tugas menganjurkan kearah kabaikan dan bertindak mencegah dan menentang segala sesuatu yang mungkar.

Amaran ini telah menjadi kenyataan hampir di seluruh masyarakat Islam dewasa ini, dimana kehebatan Islam telah menghilang dan memudar, baik pada rakyat atau pemerintah. Umat Islam hari ini sedang ditulari penyakit kebendaan dan mementingkan hidup dunia. Mereka lebih banyak membuat perancangan-perancangan pembangunan kebendaan yang raksaksa tetepi terlalu sedikit dan kecil membuat perancangan-perancangan untuk mempertinggikan kesedaran Islamiah mereka dan untuk menegakkan nilai hidup Islam dalam kehidupan peribadi dan kehidupan kemasyarakatan mereka.

Kerana itu akhlak seharian mereka tidak lagi menggambarkan kehebatan seseorang Muslim yang bertaqwa dan kekuasaan masyarakat mereka tidak lagi mencerminkan kehebatan negara yang mejunjung tinggi nilai-nilai murni syari'at Islam. Kini umat Islam baik sebagai individu atau sebagai masyarakat telah hilang kehebatan sifat keaslian Islamiah mereka yang suci. Mereka lebih condong menjadi manusia pak turut kepada manusia barat, oleh kerana itu mereka dan negara mereka lebih mencerminkan keagungan Barat dan nilai-nilai orang Barat dari mencerninkan keagungan Islam dan nilai-nilai Islam.

Umat muslim juga telah ditulari penyakit liberalisma barat yang memuja kebesaran peribadi yang melampau, penyakit mind your own business, penyakit nafsu-nafsu yang tidak ingin ditegur dan menegur, tidak ingin dikritik dan mengkritik dan bertolak dari liberalisme inilah berkembangnya segala macam maksiat yang durjana dan segala perlakuan sumbang yang meruntuhkan akhlak walaupun wahi Allah itu didendang, dibaca begitu jenuh dan pulun mamun keberkatan dan potensinya tidak dapat menegak dan membetuli hati mereka yang telah dinodai liberalisme itu. Dan sudah menjadi sunat Allah bahawa manusia yang telah diharamkan dari keberkatan wahi Allah atau Al-Quran itu amat mudah disambar dan ditaklik syaitan.

Seseorang Muslim sejati ialah seorang yang meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat hidupnya dan menggunakan seluruh rezeki dan kedudukan dunia untuk mencapai keredhaan itu. Seseorang Muslim yang sejati ialah seorang Muslim yang aktif dan berani aktif menegur dan menentang kemungkaran yang berlaku di sekitarnya dengan bersenjatakan wahi Allah. Dan dari manusia-manusia Muslim seperti inilah sahaja akan memancarnya kehebatan Islam dan akan bertunjang suburnya keberkatan Al Quran.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Support By:


Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel

© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas.
Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain
melainkan kehidupan penulis semata-mata