Wednesday, May 26, 2004

Menjana Kehebatan Dalam Pergaulan

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan
BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam
diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.
Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh
rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya
mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan
ketua jabatannya.

Seterusnya..

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar
kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua
orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita
sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas
tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan
semua orang sebelum tidur?
Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan
memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan
hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik
dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang
lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu
berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling
kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan
tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang
berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya
mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap
orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara
satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi
yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap
kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain
akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang
lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan
balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain.
Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan
simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan
kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan
iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu
terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang
mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh
mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan
dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang
lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah
mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka

Berjihad itu WAJIB

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Support By:


Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel

© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas.
Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain
melainkan kehidupan penulis semata-mata