Sunday, August 29, 2004

sEPOHOn sEMALu

Untuk renungan bersama....

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Justeru itu, ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Sunday, August 22, 2004

TAKUTLAH KEPADA ALLAH

Dgn NamaMu Ya Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam ke Atas Rasulullah SAW

Assalamualaikum Warahmatullah


"TAKUTLAH KEPADA ALLAH"

Dalam buku Ilmu Penerang Hati & Tenaga Pengingat, terbitan Pustaka Asa,Kelantan (1979), disenaraikan beberapa sebab utama kelupaan iaitu darisegi makanan dan akhlak dari kutipan kitab-kitab lama :

Dari punca makanan :
1. Banyak memakan rempah dan ketumbar kering - merosakkan hati.
2. Banyak memakan epal ( tuffah ) - kelupaan dan daif.
3. Banyak memakan bawang besar - kekacauan hati dan kelupaan.
4. Menghisap rokok/candu - merosakkan hati.
5. Meminum arak.
6. Makan sehingga terlalu kenyang.
7. Banyak memakan buah-buahan. Mengikut riwayat Imam Ghazali rmt. tidak memakan buah-buahan kerana dikatakan penyebab mengantuk.
8. Memakan sisa tikus ( makanan yang dijamah tikus )
9. Makanan yang dimasak dan dijual dipasar - afdal masak sendiri yang diketahui halal, bersihnya serta jauh dari apa-apa syubahat.

Dari punca akhlak:
1. Berkawan dengan berlainan jenis - lelaki berkawan dengan perempuan yang bukan mahramnya dan sebaliknya.
2. Banyak berbimbang hati.
3. Melakukan maksiat. Ini pernah diakui oleh Dr. Haron Din - maksiat termasuk mata, telinga, mulut dan anggota badan( kaki dan mulut )seperti mengumpat, menonton benda2 lucah, derhaka ibu bapa,berzina dll.
4. Memandang pemadangan yang haram untuk dilihat. - Spt: Perempuan yang bukan mahram - Dikatakan Imam Syafie sekiranya TERlihat tumit perempuan sewaktu di pasar beliau boleh merasai hafalannya luntur.
5. Menyanyi atau mendengar nyanyian - melalaikan hati
6. Membiarkan kutu di kepala.
7. Memandang air yang tenang.
8. Membuang air kecil ke atas air yang tenang ( tidak mengalir )
9. Banyak tidur di waktu siang.


Syaiddina Ali bin Abi Talib r.a pernah berkata :

Untukl menambah hafalan :
1. Bersugi.
2. Berpuasa sunat - misalnya Isnin dan Khamis dll.
3. Banyak membaca Quran serta mengulangnya.

Bahan merawat kelupaann :
1. Manisan madu.
Penyembuh segala penyakit.
- Sesiapa yg pernah menghadiri ceramah Ust. Ghazali Hasbullah (pernah ditahan dibawah ISA ) boleh mendapatkan madu yang dijualnya serta telah dibacakan ayat penerang hati ke dalamnya serta doa2 untuk menghafal dan menambah ilmu. Ust. Ghazali juga ada menubuhkan sebuah tempat perubatan sama seperti Darul Syifa untukk maklumat lanjut.
2.Halia - sebaik-baik halia merah untuk kebaikan urat saraf dan menambah ingatan
3. Susu - Sebaik-baiknya susu biri2 .Minuman Rasulullah SAW sewaktu peristiwa Isra' dan Mikraj
4. Buah Zabib - Anggur kering ( kismis ? ) - membersih hati.
5. Kasturi - Dicium utk menguat dan menyedapkan hati.
Selain dari itu dalam majalah Mastika keluaran 2/3 bulan yang lalu dikatakan oleh pelajar tahfiz Quran, makanan yang perlu dijauhi antaranya ialah air bergas dan mee segera. Sepekara lagi Al-Quran itu ibarat seorang yang kita amat cintai, maka bila kita tidak membacanya/mengabaikannya ia akan merajuk dan susah untuk kita memahaminya. Kesimpulanya mestilah dibaca selalu.


Wallah hu a'lam

Thursday, August 19, 2004

Laut

Kecintaaku pada laut mengunung tinggi
Aku suka melihat laut
Berada dikebiruan
Memijak kaki dipasir mulus
Sesekali ombak memain peranan
Membasahi kaki yg menyusuri tepi pantai
Desiran ombak memukul pantai
Bayu lembut yg menampar wajah
Bau laut yg menyegarkan
Nyanyian dari laut
Sungguh mempersonakan

Laut terbentang luas
Andai digunakan utk menulis kalimah Allah
Maka keringlah lautan sebelum habisnya kalimah
Walau digantinya dengan lautan yg sebandingan dengannya
Sungguh luas pengetahuan Allah

Sesekali aku bayangkan andai
Diri ini lemas dilautan
Mampukah aku bertahan
Mengharungi ombak yang menganas
Meskipun cintaku padalaut mengulung
Tapi adakah laut mengetahui isi hatiku
Atau terus menggulung
Membiarkan aku terkapai-kapai
Lalu terpisah roh dari jasad

Laut
Kau memang mempersonakan
Tatkala melihat percikan ombak yg memukul batu
Bagaikan butiran mutiara yg berselerakan
Lalu tenggelam kelaut
Mutiara yg bakal menyebabkan org lemas memilikinya

Laut
Aku hanya menyintaimu dari kejauhan
Kerna aku takut lemas didakapanmu
Kerna aku ada kelemahan
Aku tidak bisa berenang
Aku hanya tegar bermain dikaki laut
Sambil menikmati keindahanmu
Aku hanya bisa duduk diatas batu
Sambil mendengar nyanyian dari laut
Membiarkan diriku basah ditempia olehmu
Membiarkan bayu laut menampar lembut wajahku
Menyedut udara segar
Sambil melayan jiwaku yg kosong
Dengan cinta dari yg hak
Moga dengan kenikmatan yg aku perolehi dari laut
Mengamit cintaku pada yang Esa
Wahai laut…

Tinggikan budimu setinggi bintang dilangit, rendahkan dirimu serendah mutiara didasar laut

Putri katak Nay
1.05 tgh hari
10 ogos 04

p/s yelah tu adik tok_ayah..smile.gifsmile.gifsmile.gif

Aku benci…

Aku benci diriku jika
Perasaan marah menguasai diri
Aku benci akan diriku
Tatkala aku tak mampu bersabar pada perkara yang kecil
Aku benci diriku
Tatkala diri ini tak tahan dihina
Aku benci diriku
Bila apa yang aku kata aku tak kotakan
Aku benci diriku
Jika tak mampu bertahan dengan ujian tuhan
Aku benci diriku
Bila tak mampu memadam perasaan benci
Aku benci diriku
Bila kemaafan sukar kuhulurkan
Aku benci diriku
Bila aku cepat menyerah kalah dalam perjuanganku
menegak kebenaran…
Aku benci diriku
Tatkala tangan ini tak mampu mencegah kemungkaran
Aku benci diriku
Bila mulut ini berat menegur maksiat
Aku benci diriku
Bila membenarkan yang salah
Serta menyembunyikan kebenaran
Aku benci diriku
Jika berat menghulur pertolongan
Aku benci diriku
Andai kelakuanku membangkit kemarahan-Nya
Mengamit kebencian-Nya
Lantas berpaling dariku…
Itulah yang paling aku benci

Nukilan Putri katak Nay
22 Nov 03


p/: nie 100% karya asal..takde ubah2...hrp maklum..

Sunday, August 15, 2004

Didiklah kita & anak2 kita sebelum terlambat

Buat teman2 yg disayangi,

Assalammualaikum w.b.t

Saya merasa bertanggungjawab sebagai sesama Muslim untuk menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yg saya dapati semalam daripada seorang cendekiawan Islam melalui usrah semoga kita sama2 mendapat barakah & pengajaran darinya. Beliau yg saya maksudkan adalah Prof. Sidek Baba yg merupakan seorang pensyarah di UIA dan kepada sesiapa yg selalu mendengar radio IKIM, ceramah beliau selalu berkumandang lebih kurang pada
pukul 7.00pagi setiap hari.

W/pun beliau hanya merupakan seorang proffesor dan bukannya ustaz namun beliau adalah pengkaji Al-Quran, tafsir dan sejarah Islam. Amat luas ilmu beliau dan saya harap sedikit sebanyak dpt kita kongsikan bersama sebagai peringatan buat diri saya terutamanya dan buat sekalian teman amnya.

Tajuk yg disampaikan semalam adalah berkaitan pendidikan anak2 masakini yg sudah terlampau jauh meninggalkan cara2 pendekatan sunnah & Al-Quran dan bagaimana dapat kita kembali kepada zaman kegemilangan Islam tersebut. Insyaallah bulan hadapan kiranya berkesempatan beliau akan melanjutkan ke bab bagaimana kita dpt mendidik anak2 sepertimana Luqmanul Hakim mendidik anaknya.

Beliau membawa kita utk berfikir sejenak mengapa umat Islam dahulu excellent baik dlm bidang ugama(fardhu ain) mahupun akademik(fardhu kifayah) spt Ibnu Sina yg merupakan pakar perubatan Islam, Al-Khawarizmi (Pakar dlm bidang matematik) dan lain2 lagi di mana yg mungkin kita tidak didedahkan melalui Sejarah yg kita pelajari di sekolah, umat Islam telah lama mencipta Kapal terbang, robot, barangan elektrik iaitu pada abad ke 10 Hijrah sedangkan orang2 Barat hanya menjumpainya pada abad ke 19 itupun setelah mereka menakluki Kota Baghdad buat kali pertama yg mana merupakan Kota Ilmu bagi para cendekiawan Islam. Pada masa itu org2 kafir telah mencuri & membawa segala khazanah ilmu, kitab2 ke negara mereka sebahagiannya dibakar atau dibuang ke dlm sungai (Maaf saya tidak ingat nama sg tersebut) hingga hitam air sungai sg tersebut dek disebabkan terlalu byk kitab2 yg ditulis dibuang kedalamnya. Dari situ org kafir ini telah mengkaji ilmu2 yg dicedok dari buku2 karangan cendekiawan Islam dan mempraktikkannya hinggalah bila kita ke sekolah kita lebih mengenali & mengagumi Oliver & Wright sebagai pembuat kapal terbang pertama, Einstein, Graham Bell, Pluto dsb. Kita sekarang hanya seperti kerbau yg dicucuk hidung dan mengikut sahaja apa yg disogokkan oleh org2 kafir yang selama ini byk membuat kajian psikologi ttg bagaimana Al-Quran & Sunnah menjadi punca kepintaran cendekiawan Islam cuba melumpuhkannya.

Kita lihat pada hari ini di Malaysia, org Melayu yg rata2nya Islam adalah juara dadah, rogol, ragut, AIDS, bunuh-membunuh, sumbang mahram, permainan video game dan sekarang ini dlm bidang seni yg melalaikan pula spt Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Konsert2 spt di Sure Heboh, peraduan SMS dsb. Kita intai pula peratusan anak2 Melayu kita di bidang akademik. Sungguh rendah peratusannya berbanding kaum Cina. Kenapa bangsa Melayu Islam kita yg dikurniakan Allah SWT Al-Quran (yg punya ilmu & kisah2 masa lampau , kini & masa hadapan sbg pengajaran) serta Sunnah Rasulullah yg mencakupi akhlak dan peradaban yg paling mulia tidak dpt menandingi bangsa2 asing yg tdk punya semua itu?

Jawapannya, kita tdk pernah mengabil iktibar dan pengajaran dari Al-Quran & Sunnah Rasul kita sendiri yg merupakan agama syumul, agama ilmu. Kita take for granted dgn apa yg kita punyai. Jika tidak renung sejenak ttg kemewahan yg Allah kurniakan kpd negara2 Islam spt Brunei, Malaysia, Indonesia, Iraq, Afghanistan, Kuwait serta Arab Saudi.. Allah telah melimpahkan kurnianya yg paling besar iaitu minyak. Untuk apa? Agar kita gunakan utk membangunkan cendekiawan Islam dan melahirkan lebih ramai Ibnu2 Sina, Imam Syafie2, Al-Khawarizmi2, Ibnu Batuta2 yg merupakan pentadbir2 negara yg benar2 berpegang teguh kpd Allah. Tapi kita lalai..Yg wujud adalah permusuhan, corruption dan pembaziran yg melampaui batas. Tak hairanlah mengapa dgn mudah Afghanistan dan Iraq ditakluki kerana myknya. Dan di saat kita menghabiskan wang dgn peraduan sms, membeli-belah, menangis bila calon Akademi Fantasia terkeluar, melonjak2 gembira melihat Malaysian Idol mahupun konsert kita tdk sedar yg semua myk di Afghanistan & Iraq tlh disedut kuasa barat utk kegunaan mrk di masa hadapan. Kerana apa? Kerana myk ini akan habis lama-kelamaannya. Di masa itulah semua umat Islam akan berada dibwh pengaruh org2 kafir secara total. Tidak mustahil kita juga bakal menjadi spt Iraq dan pada saat itulah kita akan menangisi & bertanya2 kpd diri apakah salah kita.. Ketika itu nasi tlh menjadi bubur kerana anak2 yg sepatutnya kita didik dgn cara yg terbaik menggunakan rezeki yg dikurniakan Allah pada hari ini mungkin bakal menjadi mangsa rogol atau kebuluran atau derma/zakat yg patut kita hulurkan bagi membantu anak2 pintar Islam di Malaysia atau antarabangsa bagi membangunkan Islam telah kita bazirkan kepada perkara yg sia2. Allah tlh berfirman
didalam Al-Quran bahawa 'segala kebinasaan di muka bumi ini adalah disebabkan oleh tgn2 manusia itu sendiri' dan 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri berusaha utk mengubahnya'.

Sekarang kita kembali kepada apakah perubahan yg wajar kita lakukan bagi melahirkan cendekiawan Islam setaraf zaman kegemilangan Islam dan apakah kesilapan sistem pendidikan kita. Menurut hadis saat yg paling kritikal dlm mendidik anak2 adalah dari saat dlm kandungan hingga ke akil baligh kerana disaat inilah akidah mereka perlu diteguhkan hinggakan apa sahaja anasir luaran tak mampu menembusinya. Malangnya Barat tlh memperkenalkan sistem pendidikan terpisah antara Fardhu Ain(bidang ugama) dan Fardu Kifayah(bidang profesional).Dan itulah yg kita amalkan hingga ke hari ini sedangkan Al-Quran dan Sunnah itulah punca segala ilmu hinggakan kepada ilmu sains dsb. Kerana itulah para cendekiawan Islam kita walaupun bernama Islam namun tidak bersyukur kepada Allah jika diberi pangkat, tidak amanah dalam kerja hingga peratusan riba & rasuah melonjak2, sanggup membunuh kerana cemburu, dan banyak lagi perkara2 sumbang yg kita boleh lihat terpampang didada akhbar.

Berdasarkan kajian mendalam sebenarnya excellentnya para cendekiawan Islam pada masa dahulu adalah kerana sejak mereka dilahirkan mereka pertamanya didedahkan kpd penghafazan Al-Quran dan ilmu fardhu ain yg lain termasuklah solat, mereka rata2nya tamat menghafaz Al-Quran ketika berumur 7 tahun. Kemudiannya, mereka didedahkan kepada ilmu tafsir Al-Quran dan peradaban serta akhlak daripada hadis2 serta sunnah Rasulullah S.A.W. Mereka diajar sifat mentauhidkan Allah yg satu dgn berasa takut utk melakukan apa shj kemungkaran kerana yakin pada Allah yg Maha Melihat, Malaikat Rakib & Atid yg menulis buku catatan, syurga dan neraka, hari akhirat dan pembalasannya, tawadduk, syukur, memahami amanah sebagai khalifah Allah, qanaah(rasa berpada dgn apa yg ada) dan bekerja keras dlm setiap bidang kerana semuanya adalah ibadah. Dibandingkan dgn anak2 kita hari ini, mereka diajarkan kemewahan, pakaian yg serba berjenama, tdk bersyukur dgn apa yg ada, suka memprotes jika tidak dituruti kemahuannya, tidak memahami bahawa dgn membantu ibu/bapa dirumah, belajar serta menghormati org tua adalah ibadah, suka menunjuk2 apa yang dipunyai kpd kawan2, tidak takut utk mencuri, menganiaya, berbohong hatta membunuh sesama mereka. Yg mana inilah yg akan berakar umbi hingga mereka dewasa kelak. Berbalik kepada para cendekiawan tadi, hanya selepas itu barulah mereka didedahkan kpd bidang profesional yg merupakan ilmu kifayah. Dgn Tauhid yg ditanamkan itulah mereka bersungguh2 menkaji, mencari ilmu hingga menjadi pakar dlm bidang tertentu kerana yakin ianya adalah amanah yg dipertanggungjawabkan kpd mereka. Berbalik kepada kita termasuklah diri saya sendiri, kita hanya pakar dlm bidang profesional tapi dlm bidang fardhu ain kita lemah kerana itulah kesilapan pendidikan kita. Kita hanya diajar membaca Al-Quran tapi berapa ramaikah yg mempraktikkannya & mendalaminya hingga ke bidang tafsir serta bahasa Al-Quran demi memahami Al-Quran? Kita menganggap itu sebagai ilmu sampingan dan rata2nya cuma org tua shj yg pergi ke kelas2 membaca kitab dan sebagainya. Sedangkan itulah ilmu Fardhu Ain yg wajib ke atas setiap umat Islam bukannya menunngu saat tua utk menambah ibadah disaat akhir shj...Di saat masih bertenaga inilah kita perlu mengkaji dan mempergunakannya sebaik mungkin.Kerana itu intelek Muslim hari ini kurang menonjol kerana mereka tdk menganggap kerja sebagai ibadah dan melakukannya spt melepaskan batuk ditangga sahaja. Mereka tidak menganggap bahawa bidang kajian adalah amanah & kerana itu semuanya dipelopori oleh org2 Cina, Jepun & Barat.

Kita masih belum terlambat utk mengorak langkah kerana anak2 kita masih kecil lagi. Saya mengajak diri saya khususnya, marilah kita dgn penuh keinsafan kembali kepada bidang pendidikan Islam yg sebenar2nya agar generasi kita bakal menjadi pakar2 komputer yg mampu menghasilkan website2 Islamik bukannya porno, pakar2 saintis yg mampu mencipta segala teknologi berunsurkan Islam, pakar dlm bidang media & elektronik yg mampu menghasilkan rancangan2 yg mendidik rohani bukannya hiburan yg melalaikan dll. Sesuatu yg perlu kita benar2 sedar adalah di zaman Khalifah dahulu mereka digeruni kerana dizaman itu siapa yg kuat dialah yg maju kerana itu peperangan digunakan utk menguasai dunia tapi di zaman teknologi ini siapa yg lebih berilmu dialah yg dipandang tinggi dan dihormati. Tetapi pokok pangkalnya ilmu yg bagaimana? Sebagai seorang Muslim tentulah spt diperintahkan oleh Allah iaitu berdasarkan Al-Quran & Sunnah. Kita tidak boleh lagi memisahkan antara bidang ugama & profesional demi melahirkan intelek2 Muslim yg sejati.

Anak2 kita termasuk kita suatu waktu dahulu mencari2 idolanya yg didlm bahasa inggerisnya idol bermasud patung atau sst yg dipuja atau dicontohi. Jadikanlah diri kita yg paling hampir dgn mereka sbg idola mereka dgn memperbaiki segala kekurangan diri di kedua2 bidang tersebut kerana jk tdk ransangan sekeliling spt org yg rapat dgn mereka terutama maid, watak2 dari TV serta CD atau video game akan mengambil tempat tersebut. Mereka yg kecil tdk tahu bila masanya hiburan di TV bersiaran jika tdk kita yg meminatinya membukanya. Pada masa kita masih mampu membendung kecintaan mereka kpd anasir2 hiburan yg bakal merosakkan umat Islam disamping cuba utk memenuhi kerohanian mereka dgn menghantar mereka ke pusat2 tahfiz dsb dan satu perkara yg kita perlu & sentiasa ingat adalah jadikanlah kita sebagai sumber ilmu dan sekolah sebagai pusat kedua .Jika kita jahil belajarlah kerana kita juga memegang amanah sbg khalifah yg bakal disoal oleh Allah.Lakukanlah kerana bila mereka tlh sampai umur baligh, ianya sudah terlambat.....

Maaf kerana mengambil terlalu byk masa kalian utk membaca pedoman ini. Mohon maaf jika ada yg tersinggung dgn paparan tauladan ini dan di akhir kalam marilah kita sama2 berdoa agar sbg ibu/bapa kita mampu melakukannya..Wassalam


oleh sahabat uia.

Monday, August 09, 2004

KLPI....

sajak utk bebudak yg ambik kpli khas ditujukan buat adik tok_ayah atas permintaannya..

kpli
masihkah ada ruang untukku
sudikah kau melamar diri ini
aku rindu menjadi pendidik
walaupun seringkali aku di didik
namun aku tetap ingin digelar guru

kpli
kenapa ramai yg memohon
kenapa tidak hanya aku seorang
kenapa perlu adanya beribu2 org
persaingan menjelma
namun aku tak kisah
bukan aku sahaja yg ada 6 ringgit
utk membeli no pin
yg pasti mereka juga ada hak!
mereka juga inginkan gelaran guru
cikgu cik katak pisang
erm..walaupun janggal bunyinya
disitu ada keunikan
bisa menjadi guru terbilang smile.gif

kpli
kubiarkan takdir yg menentukan
kubiarkan siapa yg layak mendahului
kerna kutahu
tugas pendidik itu besar
amanah yg harus dijaga
takut aku tak berupaya
maka kudoakan
buat semua sahabat2ku yg mengambilnya berjaya
andai semua ingin menjadi pendidik
biarlah sesekali aku di didik
sebab aku masih lagi mencari ilmu
mencari erti kehidupan didunia yg fana ini
walaupun bukan kalian yg mendidikku.ahaks smile.gif

Akak Katak Pisang
9 ogos..3.07 pagi(ikut jam dirumah)

Sunday, August 08, 2004

Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah..
Seandainya tlh engaku catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dgn hatiku..
Titipkanlah kebahagian antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..
Ya Tuhanku yg Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ke tepian yg sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..

Tetapi Ya Allah…
Seandainya tlh Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dr pandanganku..
Luputkanlah dia dr ingatanku..
Dan peliharalah aku dr kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku yg Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangan jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yg merah..
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dgnnya..

Ya Allah yg tercinta..
Pasrahkanlah aku dgn takdirMu..
Sesungguhnya apa yg tlh Engkau takdirkan..
Adalah yg terbaik untukku..
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui..
Segala yg terbaik buat hambaMu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau shj yg menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan akhirat..
Dengarkan rintihan hambaMu yg dhaif ini..
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurnikanlah aku..
Seorg pasangan yg beriman..
kurniakanlah aku..
cinta insan yang mencintaimu...
Agar aku dan dia sama-sama dpt..
Membina kesejahteraan hidup..
Ke jln yg Engkau redhai..
Dan kurniakanlah pdku keturunan yg soleh dan solehah..

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahgaian di dunia dan di akhirat..
Dan peliharalah kami dr azab api neraka..

Amin..amin..Ya Rabbal ‘alamin....

Wanita

inginku sebut tentang wanita,
tidak tahu mengapa,
apalah istimewa,
disebalik nama wanita,
telah kumaklum,
hancur negara kerana wanita,
bangun negara kerana wanita,
apakah sehebat itu wanita,
dapat menjatuh bangunkan negara,
sedangkan ku lihat dihadapan mata,
wanita murah cuma,

ingin ku miliki,
isteri buat diriku sendiri,
putera-puteri yang ingin ku tatangi,
tetapi manakah jalan yang harus ditempuhi,
untuk membuat pilihan yang tepat sekali,

haruskah ku pilih gadis barat,
mereka diacu adunkan supaya menjadi kononhebat,
mahkamah mereka menggubal,
supaya wanita-wanita berpakaian telanjang,

tetapi pilihanku ini,
memilih gadis timur sebagai calon isteri,
wanitanya rajin mengalahkan lelaki,
namun apa yang ada pada peribadi,
jika sudah hilang nilai diri,
itulah akibat meniru membuta tuli,

aku melihat sendiri cetakkan yahudi,
tidak tertarik langsung diriku ini,
melihat wanita dijadikan dagangan jual beli,
di tv dan kelab malam sugar daddy,

pada mereka wanita itu harus bebas,
dari kongkongan suami yang terbatas,
tidak hirau jika keturunan dan bangsa porak peranda,
asalkan nafsu dibawah perut selesa,

aku telah melihat seluruh wanita dunia,
tiada satu membuat terpesona,
cuma tinggal seorang,
seorang lagi yang belum ku bicara,

gadis islam persis buah-buahan,
diladang yang empunya tuan,
ranum dan rendang,
ingin sahaja dipetik,
namun tidak tercapai,
kerana ia dipelihara tuhan,
gadis muslimah,
tinggi nilainya bak mutiara di dalam tiram,
tidak tunduk dek wang,
tidak rakus dek nafsu,

yang dicari sudah ku temui,
aku berdoa pada ilahi,
ramai lagikah muslimah sepersi isteriku ini,
tidak berkiblat materialisme dan yahudi,
tapi mengamalkan islam sepenuh hati.

Tuesday, August 03, 2004

Mencari Cinta Allah

Nabi saw bersabda;
“apabila ALLAH mencintai seorang hamba, Allah akan memanggil jibril sambil berfirman. Sesungguhnya Allah swt mencintai si fulan, oleh yang demikian cintailah dia. Kemudian Jibril mencintai orang itu dan berkata kepada penghuni langit. Sesungguhnya ALLAH mencintai sifulan itu oleh itu cintailah dia. Penghuni langit pun akhirnya mencintai orang itu. setelah itu kecintaannya diteruskan kepada penghuni bumi”


Alangkah indahnya
Memiliki cinta Allah
Jibril turut mengasihi
Dilangit turut menyayangi
Lantas didunia sama mencintai

Benarlah cinta manusia tidak setanding cinta Allah
Berdiri tidak sama megah
Diukur jauh kebelakang
Disukat kecil ketinggalan

Memiliki cinta manusia
Belum tentu dilangit turut mencintai
Dibumi sama terpatri
Yang pasti…
Memiliki cinta manusia
Dibenci oleh yg juga mengasihinya
Dicaci oleh insan yg juga tertawan padanya
Dikianati oleh org yg jua mendamba cintanya
Persaingan pasti ada
Kdgkala ada yg sanggup bina kebahagiaan
Dari kehancuran insan lain

Memiliki cinta manusia
Belum tentu mengundang bahagia
Kdgkala berdepan dengan sengsara
Bila kasih hadir berdasarkan rupa
Bila cinta kerana harta
Bila sayang tanpa rela

Namun bagi manusia
Kita terus mencari cinta
Walau dikabarkan betapa derita
Walau kita sedar ia tidak setanding cinta yg Esa


Cinta...Cintan...

Kenapa berani melafaz cinta
Tidak takutkah kamu akan kecewa
Menyebar cinta dipelusuk dunia
Sesekali bertanya benarkah cinta?

Erm.
Kadangkala sesekali kita perlu melafaz sayang
Sesekali perlu berjanji setia
Bukankah kita kan merasa bangga
Bila org yg kita syg melafaz cinta
Sehingga seluruh alam menyaksikan
Kitalah ratu sanubarinya

Salahkah?
Melafaz cinta pada Ilahi
Cubamencari cintaNya
Melafaz sebagai ikrar
Lalu berusaha merealisasikannya
Mensyairkan cinta buatNya
Salahkah?
Bukankah disitu jua
Kutitipkan pengajaran
Buat diriku dan dirimu sebagai tauladan
Aku hanya ingin mengambarkan
Keindahan seni berpuisi kerana tuhan
Mendekatkan kita pada Ilahi
Menyampaikan walau sepatah
Jangan pula niatku disalah ertikan

Kadangkala manusia
Sering melihat secalit noda
Walaupun kesucian lebih luas dari noda
Seperti sehelai kertas yg terdapat noktah hitam
Apa yang kita lihat
Hanyalah setitik hitam
Sedangkan keseluruhan putih kertas itu tidak kau gambarkan

Kerana itulah manusia
Selamanya kita tidak dapat
Memuaskan hati manusia
Tapi jgn sampai dalam kita mencari kepuasan untuk insan
Lain terhadap kita
Membuatkan kita jauh dari yang Esa
Sekadar ingatan buat diriku jua


 
Support By:


Best view with IE 5 and above with resolution 1024 x 768 pixel

© 2005 tok_ayoh (012-2713986). Hakcipta semua artikel, gambar, bahan, template dan semua yang terkandung didalam ini adalah bebas.
Pun begitu diharapkan ia tidak disalahgunakan. Pembinaan laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, persatuan mahupun kehidupan orang lain
melainkan kehidupan penulis semata-mata